About Me

My photo
Disini adalah tempat untuk aku meluahkan segala tentang hidupku..aku bukan arjuna yang gagah perkasa..tapi kata-kata ku mungkin memberi sedikit rasa kepada yang membaca..Tapi motifnya hanya tentang diriku sahaja..mungkin boleh ambil iktibar darinya..Learn from mistake..i'm far from perfect..maaf jika ada yang tak suka..

Tuesday, July 6, 2010

Tak Seindah Dulu Lagi

Hari demi hari aku lalui
Ku sangka indah dunia ini dikala mimpi
Tak usah kau berangan sahaja untuk memiliki apa yang kau ingin kecapi
Tanpa usaha kau hanya bermimpi
Perjuangan yang kau impi tak kan terbukti
Lakukan semua bukan untuk diri sendiri
Fikirlah di masa depan nanti
Bercakap sahaja tanpa bukti
Hakikat di buai mimpi-mimpi ngeri
Ku terima semua yang terjadi dan menginsafi diri sendiri
Hampir semua telah ku lakukan dan cuba hanya untuk bersuka
Tapi untuk apa?
Berpesta sana sini
Tanpa memikirkan orang yang disayangi
Ku tahu masa muda mudi ini perlu kita lalui dengan happy
Tak peduli apa yang akan terjadi
Jahat ku bermula sejak azali lagi
Lalu ku merasakan hati ku sudah tiada lagi
Keseronokkan yang aku lalui kini sudah tak menjadi
Pesta tari-menari juga tidak ku rasa seronok seperti dulu lagi
Asyik dengan dunia sampai tak ku sedari
Mata satu menjadi musuh dihati
Ragu-ragu terhadap dunia itu sudah pasti
Di butakan dengan duit, illusi dan kuasa duniawi
Mindaku disekat bertubi-tubi tanpa rasa simpati
Tapi akhirnya aku berjaya
Tak perlu ada pesta untuk meraikannya
Hanya lebih suka merendah diri dan lebih menginsafi diri
Kerana ku tahu aku masih tak sempurna lagi
Ku harap kau mengerti

No comments:

Post a Comment