About Me

My photo
Disini adalah tempat untuk aku meluahkan segala tentang hidupku..aku bukan arjuna yang gagah perkasa..tapi kata-kata ku mungkin memberi sedikit rasa kepada yang membaca..Tapi motifnya hanya tentang diriku sahaja..mungkin boleh ambil iktibar darinya..Learn from mistake..i'm far from perfect..maaf jika ada yang tak suka..

Saturday, June 26, 2010

Janji kata hati

Akan ku laksanakan apa yang ku janjikan
Walau bagaimana caranya
Hanya lambat dan cepat menjadi pengukurnya
Aku tetap yang sama
Mencintai Allah yang Maha Esa
Tak perlu nak kacau kepala
Krana kau dan aku pown tak sempurna
Aku bukan budak-budak biasa
Dan aku juga telah sudah dewasa
Kekacauan di dalam kepala ku lagi kau tak dapat menduga
Ku seperti durian yang tajam diluarnya sahaja
Tak dapat nak menghalang kata-kata dusta
Aku tetap aku
Ku tahu niat asal ku
Ku tahu tujuan hidup ku
Di dunia yang fana aku luka
Aku hidup ikut kata hati aku punya suka
Jikalau ada salah bahasa budi bicara
Harap maafkan sahaja
Aku hidup di dunia tak lama
Tak perlu lagi kau nak bercengkerama
Diam lebih baik dari bersuara
Kerana dapat dilihat gelagat manusia
Hanya ku mampu tersenyum di dunia yang fana
Biarlarh mereka masih dengan cara mereka
Aku ikut sahaja
Macam mana pun tak apa
Krana ku tahu suatu hari akan dibalas jua
Demi cinta kepada keluarga
Ku sanggup korbankan segalanya..

Cinta

Ku tak kisah akan cerita dan buah mulut manusia
Apa yang tersirat di hati adalah rahsia
Hanya mampu tersenyum dan gelak ketawa di dalam dada
Melihat telatah manusia yang suka mengata mngikut suka
Diam dan meneliti setiap tingkah laku supaya tiada yang merapu
Itu perangai aku
Di sangka begitu hanya pada matamu
Di dalam siapa yang tahu
Aku tak sehebat sang pujangga pandai bermain cinta
Aku jua tak sehebat arjuna gagah perkasa
Ku hanya seorang insan biasa yang hanya mampu berkata-kata
Kata kata ku memberi maksud kepada mereka yang tahu
Gagah perkasa bukan cara ku
Tunjuk hebat juga bukan ajaran ibu bapa ku
Oleh itu ku tahu apa erti hidupku
Hidupku matiku bukan manusia penentu
Sedarlah wahai kawanku
Ku mencari cinta sejati yang satu sebelum ku temui cinta hatiku
Harap suatu hari ku akan bertemu
Tak kira waktu ku tetap bersamamu
Biar hina dimata manusia
Biar sengket dimata dunia
Hidup mesti diteruskan
Keluarga mesti diutamakan walaupun
ada rasa kecewa terhadap mereka
ujian yang diberikan amat berat bagi ku menanggung
tetap ku ingat mereka yang menolong
sayang seribu kali sayang
kalau permata bertukar menjadi kaca
menikam hati yang luka
tak seperti yang dijangka ia muncul semula
cinta yang pergi kini datang kembali mengisi
dan mengubati hati yang sakit ini
tapi ku tahu ku tak berdaya
masih disini tanpa kemajuan diri
suatu hari nanti
bila ku sudah berjaya
dengan izin illahi
ku pasti ku akan kembali
mengisi hati ini
agak lama ku biarkannya menderita
tapi untuk siapa
keluarga ku lebih penting dari semua itu
biarlah mereka berkata
mereka sebenarnya buta
bukalah mata cerahkan minda
jangan kita terpedaya dengan mainan dunia
mungkin ku berfikir melangkaui batasnya
tapi apakan daya
ku sukakan sebegini rupa
aku tetap aku
ku hanya sujud padamu yang satu
kau cinta abadi ku..

1st time

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
disini aku mulakan cerita blog aku neh dgn mnyatakan bhwa neh blog yang 2nd selepas blog yang 1st aku buat kt myspace semasa di bangku sekolah..tapi blog aku dlu tu xblh pkai..
jadi selepas kejadian tu aku trus malas nk buat..
tapi semakin mningkat usia semakin byk perkara yang aku mencari dan hendak berkongsi bersama..jadi inilah hasil yang terjadi..aku suka begini..biarlarh org mencaci..xdak hari :)