About Me

My photo
Disini adalah tempat untuk aku meluahkan segala tentang hidupku..aku bukan arjuna yang gagah perkasa..tapi kata-kata ku mungkin memberi sedikit rasa kepada yang membaca..Tapi motifnya hanya tentang diriku sahaja..mungkin boleh ambil iktibar darinya..Learn from mistake..i'm far from perfect..maaf jika ada yang tak suka..

Thursday, January 20, 2011

2011


Setelah sekian lama tak ku update blog ini,

Semakin banyak pula yang aku temui dalam hidup ini,

Pelbagai permasalahan yang menimpa,

Tak pernah ku lari darinya jua,

Tangisan hati mengalir tanpa henti,

Tapi tak pernah ada yang mengerti dan ketahui,

Suka mendiamkan diri lalu membawa tekanan yang perit untuk dikongsi,

Banyak perkara yang aku lakukan semasa aku menyepi,

Bermain bola padang buat kali pertama,

Salah satu kenangan yang indah walau kalah pada pusingan pertama,

Membancuh konkrit dengan memerah keringat yang ada,

Seperti mahu tercabut keluar jantung dari dada,

Masa ku kejar masa ku jaga,

Kadang terlupa dan terleka akan tanggungjawab melaksanakannya,

Ku harap dapat memperbaikinya dari masa ke semasa,

Ada juga kedengaran suara-suara sumbang dihujung sana,

Kadang kala terasa dihati itu baik juga,

Dapat jua bermuhasabah diri tentang apa yang terjadi pada kita ( :


btw sedikit tatapan perubahan diriku, 2010

2011





No comments:

Post a Comment